Tuesday, July 19, 2011

Mencari Soleh Solehah

Assalamualaikum!
Sobahalkhair!
!صَبَاحَ الخَيْرِ
Selamat pagi!
Good morning!
Zhao shang hao!
Kepagian!
Ohayo gozaimasu!
Bonjour!
Hihi!
Semangat pulak belajar macam2 bahasa pepagi hari ni!
:P
Anyway, Nopa nak share Surah an-Nur,ayat 26 yang sangat fofular gitu kan.


Allah S.W.T berfirman.maksudnya, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


Woot!
Indah ayat cinta Allah ni kan.
:')
Boleh tak kalau Nopa simpulkan jadi macam ni:
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah.
Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal.
Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..
kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.
Sama2 perbaiki diri,minta pada Allah.
Dia mengetahui,sedang kita tidak mengetahui bukan? [2:216]
:)
InsyaAllah..
Sorry ek kalau ayat kat atas ni berbelit sikit,nak bersastera kononnya!
Hihi
:P
Nopa penah tanye pada ibu,
macam mana nak tahu yang dia tu orangnya.
Jawab ibu,
"Istikharah"
dan Istikharah itu bukan buat hanya sekali,niat bukan hanya kerana semata cinta pada manusia,
tapi
semoga pilihan itu pilihan dari Dia,
yang akhirnya penuh dengan cerita bahagia.
Kalau pun bergaduh,bersengketa,jangan lama2.
Anggap saje itu asam garam hidup.
Pelbagai perasa,semoga tak tawar rasanya.
Cantiknya Hawa bukan untuk semua,
tapi untuk yang teristimewa.
Inilah kisah dalam redhaNya.
WaAllahualam.
Itu pesan ibu.
:')
Lagi,
Nor ade dengar tentang istikharah ni.
Jawapan untuk Istikharah tidak semestinya dalam mimpi saje.
Ade ustaz cakap,
Boleh jadi petanda tu datang dalam bentuk detikan hati yang sangat kuat mengatakan dia orangnya.
Tapi,untuk dapat detikan hati tu,
hati kena la bersih dulu kan?
:')
Lepas tu,
cuba tengok orang sekeliling.
Asyik sebut2 tak nama orang tu?
Bila sampai tibanya waktu,
jodoh dari Allah tu senang je jalanNya.
Sebab,datang dari Allah kan?
:')
Ustaz tu cakap,jangan pening2,sedih2 bila putus cinta.
Jangan nak salahkan sesiapa.
Dah memang itu bukan jodoh kita.
Allah dah rancang yang terbaik untuk hamba2Nya.
Yang penting
SOD BA RO.
Sabar.
Sabar tu payah tapi manis hujungnya.
Ni sekadar perkongsian dari talk yang pernah Nopa dengar.
Sorry sebab tak ingat nama ustaz tu.
My bad.


Ok,
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa ALLAH ciptakan untuk kamu (kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu perasaan mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). (al-Rum, ayat 21)
OkOk,
kenapa Nopa bagi surah di atas?
andai betul orang tu jodoh kita,
kita pasti rasa senang dengannya.
Allah dah sebut dalam Al-Quran kan.
:)


Sedang Adam kesunyian dalam syurga,
Allah ciptakan Hawa untuknya,
Dari rusuk kiri Adam.
Bukan dari kepala untuk dijunjung tinggi.
Bukan pula dari kaki untuk dijadi alas berdiri.
Tetapi dari rusuk kiri yang letaknya dekat dengan hati.
Untuk disayangi.
Dekat dengan tangan untuk dilindungi.
Hawa,
jagalah diri untuk Adam kamu.
:')
WaAllahualam~
notakaki: Sudikah kau menjadi insan yang mengimamkan solatku,yg halal membatalkan wudhuk ku ;)

No comments: